![]() |
![]() |
![]() |
Thursday, September 25, 2008
Tuesday, September 23, 2008
Rumah Pak Cik Kayo
Bersempena dengan musim raya aidilfitri, rumah pertama yang mungkin kena serang oleh tentera-tentera cilik adalah rumah yang diberi nama ‘Office Center 1000’ yang dibina oleh arkitek, RA Studija. Bangunan ini berasaskan 4500 keping kaca dari pelbagai bentuk dan bayangkan jika setiap orang yang melawat rumah ini mendapat RM 1000…
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Melamine
Semakin banyak Negara yang telah memboikot makanan import dari Negara China yang berasakan susu termasuklah gula-gula dan susu tepung bayi. Dilaporkan sebanyak 53000 orang mangsa telah mengalami keracunan dan 4 orang bayi meninggal disebabkan meminum susu berkenaan.
Salah satu pengeluar susu China yang terbesar, China Mengniu dairy Co. telah mendapati harga saham syarikatnya telah menjunam hamper 60% di Hong Kong kerana didapati produk-produk syarikat berkenaan telah dicemari oleh bahan kimia melamina. Wakil syarikat berkenaan memohon maaf kepada mereka-mereka yang telah dicemari oleh bahan kimia tersebut kerana hanya sebahagian kecil sahaja yang dicemari oleh bahan kimia berkenaan dan kesilapan ini adalah berpunca daripada para-pengumpul susu dan dealer syarikat berkenaan yang tidak bertanggungjawab, hanya memikirkan untung sahaja.
Melamine merupakan bahan yang sering digunakan dalam membuat baja dan plastik telah ditemui dalam rumusan bayi yang dihasilkan oleh beberapa syarikat tenusu di China. Para pembekal biasanya menggunakan bahan kimia untuk melembutkan susu kerana kandungan nitrogennya yang tinggi dan mampu mengurangkan jumlah susu yang digunakan.
Saturday, September 6, 2008
Jurugambar Pro
Antara pekerjaan yang paling bahaya dalam dunia selain Pelumba Basikal ialah Jurugambar Profesional kerana dengan melibatkan nyawa dan kemahiran, hasil kerja mereka akan tetap menjadi bahan tatapan generasi seterusnya dan menjadi satu warisan yang tak ternilai dengan emas dan permata tapi mampu dinilai gambar berkenaan dengan wang plaza.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Elak Kemalangan Cuti Raya
Musim raya adalah musim kemalangan kerana orang ramai berpusu-pusu untuk balik raya dengan pelbagai tujuan antaranya mendapat duit raya walaupun sudah berumur 30 tahun, berjumpa orang kampung untuk memohon maaf walaupun raya je baru jumpa,makan ketupat original dari daun kelapa kampung bukan dari plastik dan akhir sekali mengusha awekz kampung yang keluar beraya...antara langkah yang paling baik untuk mengelakkan kemalangan ngeri di pagi syawal:
![]() | |
![]() | |
![]() | ![]() |
Cat Sementara
Baru-baru ini di isuhangat.blog ada memaparkan bagaimana cara menggunakan cat sementara untuk membarukan kereta yang buruk. Selain mengecat kereta agar nampak baru, cat ini juga mampu melindungi kereta yang baru dibeli di kedai Pak Mat agar tidak dicuri oleh pencuri kereta yang semakin lama semakin professional.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Friday, September 5, 2008
Password Streamyx Modem
Password default bagi semua modem yang dibekalkan oleh TMNet Streamyx:
1. ZTE modem: IP Address: 192.168.1.1
- Username: ADSL
- Password: expert03
- Username: ZXDSL
- Password: ZXDSL
- Username: admin
- Password: telekomst
- Username: admin
- Password: telekomst
- Username: admin
- Password: telekomst
- Username: admin
- Password: admin
- Username: admin
- Password: password
- Username: admin
- Password: aaaaaaaa
- Username: admin
- Password: blank
- Username: admin
- Password: password
- Username: admin
- Password: admin
- Username: admin
- Password: password
- Username: admin
- Password: admin
- Username: ADSL
- Password: ADSL
- Username: admin
- Password: ADSL
- Username: root
- Password: root
- Username: tmadmin
- Password: tmadmin
- Username: admin
- Password: admin
Thursday, September 4, 2008
Browser Google
Berita mengenai Google Browser ini dapat di lihat dalam akhbar The star dan juga video berkaitan projek Google Chrome ini. Download boleh didapati dengan mudah giler di Google Chrome
Wednesday, September 3, 2008
Lebih Muatan
![]() | |
Oleh itu puasa menjadi salah satu cara untuk mengurangkan muatan yang ada dalam perut. Selamat Berpuasa.
Sunday, August 17, 2008
Jambatan Merentas Negara Terpendek
Pulau Zavikon mempunyai jambatan merentas negara terpendek di dunia kerana jambatan itu menghubungkan 2 pulau, yang besar milik Kanada dan yang lebih kecil adalah milik negara Amerika. Walaupun terdapat perbezaan pendapat umum yang mengatakan kedua-dua pulau berkenaan milik Kanada, namun hakikatnya pulau berkenaan terletak di dua negara yang berbeza.
![]() Lakaran antik yang membuktikan 2 negara berbeza. | ![]() Pulau kanan milik Kanada dan kiri milik Amerika. |
![]() Kedudukan Pulau berkenaan. | ![]() Peta Google menunjukkan kedua-duanya milik Kanada . |
Pentingkan Diri
Sikap mementingkan diri sendiri merupakan satu sikap yang tidak elok untuk diamalkan khususnya melibatkan nyawa seseorang. Kes ini berlaku di Los Angeles yang mana Edith Isabel Rodriguez, 43 telah di temui mati di Martin Luther King Jr.-Harbor Hospital setelah 45 minit tidak dihiraukan oleh para petugas dan orang awam yang berada di tempat berkenaan.
Dia dipercayai muntah darah dan tersungkur menahan kesakitan setelah menunggu beberapa saat untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. Para petugas paramedik tidak akan membawa dia naik ke hospital kerana dia telah pun berada di dalam hospital…dan waris pesakit berkenaan Jose Prado yang merupakan suami pesakit terpaksa membuat panggilan kedua 911 untuk dihantar ke hospital lain.
Jadi kalau ada kalau ternampak seseorang tiba-tiba tersungkur, cepat-cepatlah hulurkan bantuan sebelum terlambat…
Saturday, August 16, 2008
Susun Cawan
| Seiring dengan perkembangan dunia zaman kini yang serba pantas. Bermacam-macamlah permainan pantas tercipta tidak kira pantas sama ada melibatkan kaki , kepala ataupun mulut. Kegilaan para pelajar di Barat pada masa kini yang melibatkan kepantasan tangan ialah “cup stacking” atau menyusun cawan dalam pelbagai kombinasi secara membukit. | ![]() |
![]() | Rekod susunan yang terpantas setakat ini ialah 7.43 saat yang dibuat oleh Emily Fox. Kepantasan sebegini akan mampu meningkatkan lagi pengeluaran industri kecil dan sederhana tanpa mengeluarkan kos membaiki dan mencipta mesin yang lebih canggih kerana manusia sebenarnya mampu menggantikan mesin, bukan mesin menggantikan manusia. |
Sumber: Superhandz.com
Wednesday, August 13, 2008
Ludah Amerika
Georgia menerima padah apabila cuba menawan Selatan Ossetia yang merupakan sebahagian daripada Georgia oleh PBB tapi sebuah negara yang merdeka bagi Rusia atau Soviet Union sejak 15 tahun dulu. Kemarahan Rusia jelas terpancar apabila sidang Nato di Bucharest bercadang untuk memasukkan Georgia dan Ukraine dalam pertubuhan Nato dan apabila ini berlaku pengaruh Rusia terhadap barang mentah negaranya akan terjejas dan inflasi akan meningkat. | ![]() |
Ketegangan antara Georgia dan Rusia mula timbul apabila pesawat MIG-29 mula berkeliaran apabila mengetahui Georgia sedang merangka rancangan menawan Selatan Ossetia dan sebelum Georgia memulakan serangan "kebaboom" Rusia telah bertindak awal dengan penuh bergaya walaupun begitu, Presiden Georgia mengarahkan serangan dengan memusnahkan 10 perkampungan dan Barat menganggap dia hero tapi Saddam Hussin hanya memusnahkan 3 perkampungan dianggap sebagai kejam gilerz. | ![]() |
| Amerika Syarikat selaku polis dunia terperanjat beruk kerana maklumat risikan Rusia telah berjaya mematahkan cubaan untuk menyerang Selatan Ossetia dan pada masa yang sama menyerang Georgia. Georgia merancang untuk menyerang Selatan Ossetia pada masa olimpik kerana merasakan seluruh dunia akan tertumpu ke beijing tetapi tidak sama sekali atau dua kali bagi Rusia. Georgia mula sedar rakyat Selatan Ossetia lebih rapat dengan Rusia berbanding Amerika Syarikat. | ![]() |
Tuesday, August 5, 2008
Titas 2
Kepada penuntut yang mengambil subjek TITAS 2 pasti akan menemui sejarah tentang penulis beragama Hindu yang membongkar kebenaran kewujudan insan mulia sepertimana Rasulullah seperti yang diceritakan dalam kitab Vedas.
Seorang pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, telah menulis dan menerbitkan buku berjudul `Kalki Utar' yang bererti `Pembimbing Agung'. Tulisan beliau dalam buku berkenaan dengan jelas menyeru penganut-penganut agama Hindu supaya segera memeluk Islam dan beriman dengan ajaran Nabi Muhammad utusan Allah, yang merupakan pengislah (reformis) kerohanian yang ditunggu-tunggu kerana Nabi Muhammad itulah yang dinamakan Kalki Utar.
Pengarang berkenaan dikenali sebagai Ved Prakash. Untuk masa kini beliau menyandang sami Hindu dari golongan Brahmin. Buku karangan beliau telah dikemukakan kepada lapan orang tokoh sami agama Hindu. Kesemua mereka telah sebulat suara menyokong pendapat dan anjuran Ved Prakash. Penyelidikan beliau telah membuktikan di mana ciri-ciri Kalki Utar yang digambarkan di dalam kitab suci Hindu Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah Saw.
Dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki Utar akan muncul di sebuah pulau, bapanya bernama Vishnu Yehkat dan ibunya bernama Surmanab. Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit yang membawa erti Tuhan, manakala Yehkat bermakna hamba, jadi Vishnu Yehkat membawa erti hamba Tuhan dan di dalam bahasa Arab maknanya Abdullah.
Manakala perkataan `Surmanab' dalam bahasa Sanskrit pula membawa erti aman dan terjemahannya dalam bahasa Arab ialah Aminah. Seluruh dunia tahu bahawa bapa Nabi Muhammad Saw adalah Abdullah dan ibunya bernama Amirah.
Kitab Suci Vidas juga telah menyebut bahawa Tuhan telah mengutus utusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki Utar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Rasulullah Saw, di mana Nabi Muhammad Saw telah didatangi oleh Jibril a.s di Gua Hira' yang bertugas mengajar agama Islam kepadanya.
Bukti terakhir yang diperkatakan oleh pengarang berkenaan bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada Kalki Utar seekor kuda terpantas mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh lapisan langit. Peristiwa ini sebenarnya merujuk kepada peristiwa Isra' dan Mi'raj di mana Rasulullah Saw menunggangi Buraq iaitu sejenis haiwan dari Syurga.
Bogel Cepat
Bagi mereka yang berasa leceh dan malas yang amat untuk membuka baju, di bawah merupakan langkah yang hanya memerlukan 7 saat untuk membuka keseluruhan pakaian tanpa seurat benang. Ini merupakan salah satu usaha untuk mencabar kepantasan Gaban yang boleh menukar baju dalam masa 0.04 saat.
Manusia Biasa | Gaban |
Tuesday, June 24, 2008
Gen2
Saya cukup tertarik dengan satu artikel dalam Mastika keluaran bulan Julai 2008 mengenai faktor genetik yang merupakan sebab utama mengapa masyarakat barat sukar untuk menggunakan tandas jenis cangkung.
Bagi masyarakat barat, mencangkung merupakan sesuatu yang amat menyeksakan dan hampir mustahil untuk dilakukan berbanding orang dari benua Asia atau Afrika kerana apabila melakukan skill tersebut mereka akan berasa seperti ingin tumbang kebelakang, kehadapan atau kesisi. Orang barat berasa lebih hairan lagi kalau melihat anak-anak orang Asia boleh mencangkung ketika masih kecil lagi sedangkan mereka tidak. Jika ada sesiapa ada kawan atau pakwez atau awekz yang mat/ minah salleh tu cubalah suruh mereka mencangkung, tentu tak boleh punyalah, tak caya tanya aku.
Perbezaan faktor genetik juga boleh dibuktikan melalui sebotol arak dari Eropah. Jika orang dari Asia meminum arak berkenaan, mereka akan berasa mual dan muntah tetapi jika orang Eropah meminumnya, ia sama seperti meminum air paip yang tidak memberikan apa-apa kesan kepada mereka.
Jika memilih rawatan untuk muka, berhati-hatilah apabila menggunakan produk kecantikan kerana sesetengah barangan itu amat berkesan bagi para pengguna di barat tapi tidak bagi orang Asia malah mungkin terjadi pula kesan yang lebih buruk disebabkan oleh faktor genetik.
Friday, May 9, 2008
Bohong Seorang Ibu Tunggal-Based On True Story
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian sempena hari ibu yang akan tiba.
PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar".
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan".
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi".
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!".
PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki".
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit".
PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang".
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit".
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…-daripada darkevil.
Wednesday, May 7, 2008
Strategi Tambang Murah
![]() | VS | ![]() |
Selain AirAsia terdapat banyak lagi syarikat penerbangan yang menawarkan tiket tambang murah seperti Singapura-Tiger Airways dan Valuair, Thailand-Nok Air, Indonesia-Lion Air, Vietnam-Jetstar Pacifik dan Filipina-Cebu Pasikfik.
Antara strategi perniagaan syarikat penerbangan tambang murah seperti AirAsia Dalam Perniagaan:
- Mengupah pekerja asing dalam memaintainkan AirAsia.
- Menjual makanan dalam harga yang agak mahal.
- Harga tempat duduk yang berlainan mengikut kehenseman penumpang yang membeli kerusi di kapal berkenaan.
- Membeli lapangan terbang yang agak murah tetapi strategik, contohnya AirAsia tidak menyewa lapangan terbang di Hong Kong tapi menyewa lapangan terbang di Macau.
- Membeli pesawat second-hand yang berfungsi dengan baik dan penuh bergaya.
- Mengurangkan service selepas setiap pendaratan di lapangan terbang. Bagi mengurangkan kos baik pulih namun faktor keselamatan tetap terpelihara.
- Kesempatan semasa 11 september, menyaksikan banyak Juruterbang di buang kerja namun Tony Fernandes dengan angkuhnya mengupah Juruterbang berkenaan dengan gaji yang agak murah.
- Menjual tiket secara Online adalah cara terbaik untuk mengurangkan pembaziran kertas dalam sesuatu urusan dan mengurangkan tempat sewaan untuk menjalankan aktiviti penjualan tiket.
- Meningkatkan mutu penjenamaan dengan menumpang nama jenama yang terkenal seperti kelab Manchester United.
Tali Ajaib Untuk Menahan Kereta
Ada cara rahsia untuk menahan kereta daripada berhenti selain melambaikan tangan kepada pemandu kerana cara sebegitu sememangnya sudah lapuk di zaman serba moden dan canggih seperti sekarang.
Sunday, May 4, 2008
Papa Jahat
| Kita sering kali terdengar anugerah bapa mithali tetapi lain pula bagi Josef Fritzl yang boleh dianugerahkan bapa paling kejam tahun 200 jika terdapat pencalonan, ini berikutan kes kehilangan Elisabeth yang merupakan anaknya yang ketika itu berumur 18 tahun dan ditemui semula setelah umurnya 42 tahun. Dia telah menculik anaknya itu selama 24 tahun dan dikurung di kurungan bawah tanah tanpa tingkap yang merupakan tempat simpanan arak bagi rakyat Austria, dan juga telah memperkosa anaknya itu sehingga melahirkan 7 orang anak yang merupakan cucunya sendiri. | ![]() |
Bapa berumur 73 tahun ini dilahirkan di Amstetten pada 9 April 1935, telah menguruskan rumahnya secara diktator dan jika didapati anaknya tidak menjaga kebersihan di dalam rumah, anaknya itu akan dipenjarakan di bawah tanah sebagai hukuman. Satu demi satu kezalimannya telah berjaya dibongkar selepas dia sendiri membuat pengakuan di hadapan hakim bahawa dia sememangnya seorang yang agak kejam mengurung anaknya seperti pesalah dalam tahanan ISA.
"Di rumah dia umpama tuhan yang mesti diikuti oleh umatnya, dia merupakan seorang yang berdisiplin dan semua undang-undangnya mesti dipatuhi tanpa banyak songeh."menurut Anton Graf,57 tuan tanah Tasik Mondsee yang merupakan tanah yang Josef Fritzl duduki.
Pada permulaan kes kehilangan anaknya itu, dia dengan selamba telah menulis surat kononnya Elisabeth telah menghadiri pemujaan di tempat yang jauh dan menyamar sebagai Elisabeth apabila menelefon isterinya pada tarih kehilangan anaknya itu. Dia juga berjaya menyembunyikan identiti sebenarnya dan berjaya mengaburi mata rakyat Austria selama 24 tahun mengenai kes kehilangan anaknya itu.
| Johann Kreitler, pengarah sekolah tinggi yang Fritzl duduki dari tahun 1947-51, berkata dia telah berjaya menamatkan pengajiannya dengan seorang yang mempunyai rekod positif dan kemudian memasuki sebuah sekolah vokasional menjadi untuk seorang juruelektrik. Majikan dan para pekerja lain mengakui dengan sepenuh hati bahawa dia merupakan seorang yang baik dan mustahil melakukan kezaliman seperti itu."Jika anda meletakkan 50 orang lelaki dalam satu barisan, dia akan menjadi orang yang terakhir yang boleh disyaki melakukan jenayah seperti itu," menurut Herbert Katzengrueber , datuk bandar Amstetten.-CBS NEWS | ![]() |
Saturday, May 3, 2008
Amerika Lobi Asean

Disebabkan negara Asean mempunyai banyak sumber galian, Amerika telah berusaha keras untuk mewujudkan satu agennya di Asean dengan alasan bagi menjamin hal ehwal Asean. Senat Amerika mengesahkan perlantikan pegawai petugas perkhidmatan luar negara, Scot Marciel, sebagai duta besarnya yang pertama bagi Hal Ehwal Asean.
Anggota Ranking Jawatankuasa Perhubungan Luar Negara Senat Richard Lugar merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mencetuskan idea bagi jawatan itu pada 2006 berkata: "Ini merupakan perkembangan yang cukup luar biasa dalam mengesahkan komitmen kukuh pemimpin-pemimpin dan rakyat Amerika bagi mengekalkan dan melebarkan hubungan kita dengan Asean dan menjadikan Amerika sebagai negara pertama melantik seorang Duta Besar ke Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean)".
"Seorang pegawai petugas perkhidmatan luar negara dengan pengalaman luas di Asia Tenggara, Marciel, mampu meningkatkan kredibiliti jawatan itu. Saya amat berharap dapat bekerjasama dengan beliau bagi mengukuhkan lagi hubungan akrab yang sedia terjalin antara Amerika-Asean," kata Senator Lugar.
Persoalannya, mengapa perlu menjaga hal ehwal negara anggota Asean walhal banyak lagi negara lain yang amat memerlukan bantuan sokongan Amerika seperti Palestine dan negara-negara Afrika. Jawapnnya sudah jelas, disebabkan oleh sumber minyak dan sumber galian seperti emas dan bijih. Diharapkan kewujudan duta seperti ini tidak menjadikan lesen besar terhadap Amerika untuk mencampuri hal ehwal dalaman negara Asean atau melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Asean atas kepentingan sendiri.
Sumber: Bernama
Mat Rempit Dan Litar
Kerajaan Kedah sedang mengkaji cadangan membina litar khas untuk golongan muda yang gemar merempit di jalan raya sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan. Namun salasilah mat rempit dengan jalan raya sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana jalan raya awam menawarkan perkhidmaan percuma tanpa bayaran seperti yang dikenakan di litar.
Jika litar ini diwujudkan, kemungkinan tiada mat rempit tahap professional yang sedia menawarkan diri untuk berlumba kerana perlumbaan di litar memerlukan peralatan yang mahal dan helmet yang canggih sedangkan mat rempit tidak mempunyai duit yang banyak untuk berlumba dilitar.
"Mana ada duit bai, nak beli semua tuh,"kata Mior (bukan nama sebenar) merupakan seorang mat rempit yang super-duper profesional yang ketika ditemui sedang memegang spanar nombor 10. Dia menambah lagi , jika litar berkenaan menyediakan kereta yang parking di tengah jalan dan kereta polis yang ditempatkan di kawasan litar, dia sanggup berlumba di litar itu kerana suasana berkenaan sesuai dengan jiwanya yang bertahap profesional.
Sumber:Bernama
Mahathir Join Blogger

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir telah pun membuat blognya sendiri atas desakan daripada para peminat atau penyokongnya."Depa (mereka) nak saya buat, saya buatlah," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Jika di negara seberang tambak bekas pemimpin mereka,Lee Kuan Yew disanjung bagai nak rak sehingga apa juga pandangannya terhadap sesuatu isu dianggap sebagai pandangan Singapura. Namun di negara ini, orang ramai banyak memperkecilkan pandangannya kerana dianggap lapuk dan tidak relevan dengan situasi sekarang. | ![]() |
Blognya telah menerima kunjungan seramai 10000 pelawat dan 1000 komen yang boleh menyebabkan ereksi mata jika ingin membaca kesemuanya.
Sumber:
Blog Mahathir
Bernama
Thursday, May 1, 2008
Kurangkan Memakan Telur
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan di Amerika, American Journal of Clinical Nutrition mendapati manusia yang makan 7 atau lebih telur ayam setiap minggu akan mengalami risiko mati awal. Manusia yang menghidapi diabetes atau kencing manis dinasihatkan meninggalkan tabiat memakan telur ayam secara kerap kerana telur ayam menambah risiko mereka meninggal dalam tempoh masa 20 tahun.
Seperti yang diketahui ramai, selain mengandungi 13 jenis vitamin dan garam mineral. Telur juga mengandungi sejumlah besar kolestrol yang mana meningkatkan risiko artileri atau pembuluh darah tersumbat dan secara tidak langsung menyumbang kepada penyakit jantung ataupun stroke.
Berdasarkan satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, seramai 21,327 orang yang setuju perestasi kesihatan mereka direkodkan oleh doktor semenjak tahun 1981 menunjukkan bahawa setelah 20 tahun kajian dijalankan, 1,550 orang menghidapi penyakit jantung, 1,342 mengalami stroke dan 5000 yang lain didapati telah meninggal. Walaupun pada permulaan kajian mereka mendapati tiada kaitan antara telur dengan penyakit jantung dan penyakit stroke, namun setelah difikirkan dalam-dalam mereka bersetuju bahawa manusia atau mereka-mereka yang makan lebih daripada 7 atau lebih biji telur sehari mengalami risiko yang tinggi untuk menghidapi penyakit ini iaitu 23 peratus daripada mereka meninggal dalam masa 20 tahun.
Sumber:msnbc
Game Grand Theft Auto IV

Game Grand Theft Auto memang tidak asing lagi kepada penggemar game yang brutal dan ganas tahap gaban. Game yang telah dibangunkan oleh Rockstar North ini telah menerbitkan Grand Theft Auto IV yang berkisarkan kepada kisah seorang pemuda yang berasal dari Serbia iaitu Niko Bellic.Niko merupakan immigrant veteran perang Bosnia yang berumur lingkungan 30an. Niko tertarik dengan kata-kata saudaranya, Roman melalui email bahawa Liberty City merupakan tempat yang bagus untuk mencari pendapatan yang lumayan disamping ramai cewekz yang cun melecun.Tapi sebenarnya Roman merupakan pemandu teksi yang suka berlagak secara besar-besaran.
Roman memerlukan Niko datang ke tempatnya kerana dia dibebani hutang, dan menjadi bahan buruan along Bukit Beruntung. Tujuan lain yang menyebakan Niko beria-ia benar datang ke Liberty City adalah disebabkan perasaan geram yang amat sangat kepada si pembelot bangsat yang telah menodai kesucian askarnya hingga menyebabkan kekalahan yang besar dalam unitnya. Untuk membalas dendam dia berazam untuk mejejaki si pembelot itu yang dikatakan telah tinggal di tempat yang sama dengan Roman iaitu Liberty City, New York. |
Walaupun peta baru dalam GTA IV ini lebih kecil berbanding peta di San Andreas, GTA IV boleh dipuji sedikit kerana peta yang baru ini lebih terperinci dan lebih menyeronokkan dari segi rekaan dalaman bangunan dan kawasan baru yang bebas daripada sebarang ancaman iaitu di kawasan Dan Houser. Game ini dijangka menemui peminat pada bulan oktober untuk PC, manakala untuk PS dan Xbox ia telah pun berada di pasaran gelap dan terang. | ![]() |
# 1GHz Intel Pentium III or AMD Athlon Processor
# 256 MB of RAM
# 8 speed DVD-ROM Drive
# 3.6 GB of free Hard Disk space for a minimal install
# 64 MB Video Card with DirectX 9 compatible drivers ("GeForce3" or better)
# DirectX 9 compatible Stereo Sound Card
# Keyboard
# Mouse










































