Terimas Kepada Yang Sudi Melawat Blog Ini. Tinggalkan Komen Di CSbox Jika Ada Sebarang Cadangan. Jika Banyak Sangat Masa Terluang Boleh Klik Iklan Yang Disediakan Oleh Google. GerbangPagi: Apr 25, 2008

Friday, April 25, 2008

Command & Conquer 3: Kane's Wrath


Kepada yang pernah bermain game Command & Conquer, syarikat EA game telah memperbaharui game ini dengan kemasukan 3 pasukan utama iaitu GDI (Global Defense Initiative), Brotherhood of Nod dan Scrin, dan tiga robot pemusnah besar-besaran telah dicipta dengan lebih canggih iaitu MARV,Redeemer dan Eradicator yang mengetuai bahagian serangan setiap pasukan. Setiap satu pasukan mempunyai 2 aliran masing-masing dan 2 aliran ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Dalam babak pertama kempen, Kane memasuki suatu kubu bawah tanah iaitu di kerak Bumi yang terdalam, semua kecederaannya berjaya disembuhkan kecuali mukanya menyebabkannya dia berasa kurang hensem oleh itu beliau memakai topeng muka untuk meniru hero filem "V for Vendetta". Dia selaku ketua akan mengajar pemain untuk memulakan Rio Insurrection tanpa kehadiran GDI di kawasan tersebut. Selepas pemain berjaya, Kane memberitahu pemain rancangannya untuk menyatukan semula serpihan puak-puak Nod. Dia tidak boleh menanggung risiko untuk mendedahkan dirinya kepada dunia tetapi, dia telah memilih Brother Marcion,sebagai pemimpin baru Brother kerana beliau merupakan pemimpin Black Hand disebabkan tidak pernah membasuh tangan selepas makan.Pemain kemudiannya akan diarahkan untuk mengesan Marcion dan menangkapnya. Setelah Marcion kembali ke dalam kelompok Brotherhood (NOD), Kane bercadang untuk mendedahkan dirinya kepada Marcion, membuang topeng mukanya dan menunjukkan mukanya yang berparut. Kane kemudian memerintahkan pemain untuk memusnahkan sebuah kemudahan Liquid Tiberium sebagai satu tanda penyertaan puak-puak yang berpisah untuk bersatu dalam Brother.

Sepanjang babak kedua, Kane memulakan rancangannya untuk kemusnahan Philadelphia dan memerintah pemain, LEGION, untuk mencuri rancangan Jaringan Ion Cannon oleh GDI. Sejak kemusnahan Philadelphia, kebanyakan pemimpin GDI telah berjaya dimusnahkan dengan penuh dramatis.

Pemain juga diarahkan untuk menawan Dr. Alphonse Geraud kerana penyelidikannya bertaraf lima bintang. Sementara itu, Abbess Alexa Kovacs yang merupakan General Kilian Qatar adalah seorang pengkhianat kepada Kane kerana telah merancang untuk menyerang Perdana Temple dalam kepalsuannya, dia juga telah membocorkan teknologi Ion Disruptor kepada GDI. Abbess Alexa telah menghantar sejenis virus ke dalam LEGION sistem, namun sempat ditahan oleh Kane.

Kane yang fokus untuk menyembuhkan Tacitus telah memudahkan GDI untuk mensabotaj dan menyebabkan ia menjadi sangat tidak stabil; Kane sangat memerlukan Tacitus untuk pelan induknya, oleh itu pemain diminta menyedarkan puak Marked Kane, satu puak cyborgs bahawa LEGION mampu dikawal. Pengaktifan semula telah berjaya, Kane kemudian menghantar pemain untuk memulihkan Tacitus daripada GDI di Pergunungan Rocky. Pengakhirannya tidak diketahui kerana pemain tidak dapat menghabiskan misi kerana ibunya telah memanggilnya untuk makan nasi.
Sumber: Link-Wikipedia

Requierement:
  1. OS: Windows XP/Vista (64-bit not supported)
  2. CPU: 2GHz, 2.2GHz (Vista)
  3. RAM: 512MB, 1GB (Vista)
  4. HDD: 6GB free space
  5. Video: GeForce4, ATI Radeon 8500 or greater (ATI Radeon 9200 and 9250 PCI, NVIDIA Geforce 4 MX cards not supported.); for Vista NVIDIA GeForce 6100 or ATI Radeon 9500 or greater
  6. Sound: DirectX 9.0 compatible