Semakin banyak Negara yang telah memboikot makanan import dari Negara China yang berasakan susu termasuklah gula-gula dan susu tepung bayi. Dilaporkan sebanyak 53000 orang mangsa telah mengalami keracunan dan 4 orang bayi meninggal disebabkan meminum susu berkenaan.
Salah satu pengeluar susu China yang terbesar, China Mengniu dairy Co. telah mendapati harga saham syarikatnya telah menjunam hamper 60% di Hong Kong kerana didapati produk-produk syarikat berkenaan telah dicemari oleh bahan kimia melamina. Wakil syarikat berkenaan memohon maaf kepada mereka-mereka yang telah dicemari oleh bahan kimia tersebut kerana hanya sebahagian kecil sahaja yang dicemari oleh bahan kimia berkenaan dan kesilapan ini adalah berpunca daripada para-pengumpul susu dan dealer syarikat berkenaan yang tidak bertanggungjawab, hanya memikirkan untung sahaja.
Melamine merupakan bahan yang sering digunakan dalam membuat baja dan plastik telah ditemui dalam rumusan bayi yang dihasilkan oleh beberapa syarikat tenusu di China. Para pembekal biasanya menggunakan bahan kimia untuk melembutkan susu kerana kandungan nitrogennya yang tinggi dan mampu mengurangkan jumlah susu yang digunakan.
Tuesday, September 23, 2008
Melamine
Topik Label:
Info Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment