
Game Grand Theft Auto memang tidak asing lagi kepada penggemar game yang brutal dan ganas tahap gaban. Game yang telah dibangunkan oleh Rockstar North ini telah menerbitkan Grand Theft Auto IV yang berkisarkan kepada kisah seorang pemuda yang berasal dari Serbia iaitu Niko Bellic.Niko merupakan immigrant veteran perang Bosnia yang berumur lingkungan 30an. Niko tertarik dengan kata-kata saudaranya, Roman melalui email bahawa Liberty City merupakan tempat yang bagus untuk mencari pendapatan yang lumayan disamping ramai cewekz yang cun melecun.Tapi sebenarnya Roman merupakan pemandu teksi yang suka berlagak secara besar-besaran.
Roman memerlukan Niko datang ke tempatnya kerana dia dibebani hutang, dan menjadi bahan buruan along Bukit Beruntung. Tujuan lain yang menyebakan Niko beria-ia benar datang ke Liberty City adalah disebabkan perasaan geram yang amat sangat kepada si pembelot bangsat yang telah menodai kesucian askarnya hingga menyebabkan kekalahan yang besar dalam unitnya. Untuk membalas dendam dia berazam untuk mejejaki si pembelot itu yang dikatakan telah tinggal di tempat yang sama dengan Roman iaitu Liberty City, New York. |
Walaupun peta baru dalam GTA IV ini lebih kecil berbanding peta di San Andreas, GTA IV boleh dipuji sedikit kerana peta yang baru ini lebih terperinci dan lebih menyeronokkan dari segi rekaan dalaman bangunan dan kawasan baru yang bebas daripada sebarang ancaman iaitu di kawasan Dan Houser. Game ini dijangka menemui peminat pada bulan oktober untuk PC, manakala untuk PS dan Xbox ia telah pun berada di pasaran gelap dan terang. | ![]() |
# 1GHz Intel Pentium III or AMD Athlon Processor
# 256 MB of RAM
# 8 speed DVD-ROM Drive
# 3.6 GB of free Hard Disk space for a minimal install
# 64 MB Video Card with DirectX 9 compatible drivers ("GeForce3" or better)
# DirectX 9 compatible Stereo Sound Card
# Keyboard
# Mouse



No comments:
Post a Comment