Terimas Kepada Yang Sudi Melawat Blog Ini. Tinggalkan Komen Di CSbox Jika Ada Sebarang Cadangan. Jika Banyak Sangat Masa Terluang Boleh Klik Iklan Yang Disediakan Oleh Google. GerbangPagi: Apr 22, 2008

Tuesday, April 22, 2008

Undang-undang Tali Keledar Belakang

Datuk Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan) memberikan amaran selama 3 tahun untuk memasang tali pinggang keledar di bahagian belakang. Persatuan mat rempit sedunia telah menyambut baik usaha ini kerana tali pinggang di bahagian belakang motosikal akan memudahkan mereka melakukan pelbagai aksi yang selamat dengan adanya keselamatan tali pinggang keledar.

Jun depan akan menyaksikan penumpang belakang mula memakai tali pinggang apabila berjumpa dengan polis kerana pada bulan berkenaan akan dikuatkuasakan perlaksanaan amalan ini. Bagi kereta yang tiada kelengkapan ini, tempoh pengampunan akan diberikan selama 3 tahun bermula dari bulan berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh berkata mengikut statistik polis penguatkuasaan penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang belakang dapat mencegah 350 kematian setahun. Selepas ini, jika kemalangan berlaku pemandu boleh menyalahkan penumpang belakang yang cuai untuk memasang tali pinggang keledar. Jika penumpang belakang telah memasang tali keselamatan namun berlaku juga kemalangan, keadaan jalan raya yang terlalu lurus patut dipersalahkan kerana ini menyebabkan tiada mood atau feel pemanduan dan tiada cabaran kepada pemandu professional.

Gambar Di Atas Telah Melanggar Kesalahan Iaitu Penumpang Belakang Tidak Memasang Tali Keledar.

Sumber: Bernama

Labuan Tarak Letrik

Seluruh Sabah bergelap selama sejam sejak pukul 6.30 petang kecuali daerah Keningau, Beaufort, Sipitang, Ranau dan Telupid.

Jurucakap Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berkata gangguan bekalan elektrik itu berpunca daripada power trip di talian transmisi 132 kilovolt Inanam ke Karambunai di Sepanggar Kota Kinabalu menyebabkan semua stesen janakuasa di Sabah tidak berfungsi.Ini menyebabkan kehilangan kuasa elektrik 500 megawat bersamaan sembilan puluh peratus keperluan dua juta penduduk Sabah, katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu malam ini.

Beliau berkata bekalan elektrik dipulihkan secara berperingkat mulai pukul 7.30 malam dan selepas pukul 9.38 malam, lima puluh peratus kawasan di Sabah menerima semula bekalan termasuk di Sandakan dan Tawau.

Wakil penduduk Labuan Mat Sham, Luie, Pak Ya, Jimi, Najib,Yop dan Sahid ketika dihubungi merasakan kebangsatan yang maksimas berhubung ketiadaan elektrik ini. "Kami bersidang bermain CS (counter-strike) ketika itu tiba-tiba letrik putuih. Nasib baik kafe bawah blok bukak, boleh makan" itu kata-kata keramat mereka ketika dihubungi. Jelas sekali ketiadaan elektrik ini telah merunsingkan penduduk Labuan walaupun Labuan tidak termasuk dalam senarai tersebut.


Sumber:Link-Utusan

Anuar Ibrahim Top 100


Klik Untuk Vote

Anuar Ibrahim merupakan satu-satunya anak watan negara Malaysia yang tercalon dalam top 100 yang dikendalikan oleh majalah time. Ranking ini berubah-ubah mengikut undian maya dan ranking terbarunya adalah 40. Undilah jika berasa bersalah dengan tindakan pemimpin 1998 (Mahathir) yang melakukan penangkapan terhadap Anuar.


Antara 4 faktor Anuar Ibrahim di calonkan oleh Time ialah seperti berikut:
  1. Mahkamah antarabangsa (ICJ) telah menulis artikel supaya Anuar dibebaskan jika benar-benar dia tidak bersalah. Ini terbukti dengan adanya video linggam "ha...correct (3 kali tak lebih)".
    Link-ICJ's Article
  2. Adanya liputan meluas oleh media Al-Jazeera yang merupakan satu-satunya media dunia yang pro Islam dan liputan oleh stesen radio Australia.Link-wawancara ABC radio.
  3. Golongan professional yang mejoritinya menyokong Anuar setelah penahanannya dibuat dengan alasan yang tak munasabah.
  4. Majoriti para Blogger dan Webmaster yang menyokong Anuar melalui cyber. Er...blog ini adalah berkecuali.Link jugak

Portal

Game ini mengandungi satu siri teka-teki yang mesti diselesaikan menggunakan kaedah teleporting watak pemain dan objek lain menggunakan Sains Aperture Handheld Portal Device (Senjata Api Pintu Masuk) yang mewujudkan satu ruang pintu atau portal masuk apabila menembak ke segala jenis dinding. Watak akan dicabar AI dinamakan "GLaDOS" untuk menyiapkan setiap teki menggunakan Portal Gun dengan janji menerima kek di kafe bawah blok apabila keseluruhan teka-teki dapat diselesaikan.

Portal berwarna kuning oren dan biru yang muncul dalam permainan mewakili jalan masuk dan jalan keluar, dan satu kubus pemberat akan dibekalkan yang dapat digunakan seperti menekan satu butang besar supaya dapat membuka sesebuah pintu atau mengaktifkan pentas permainan untuk menteleport. Kubus dan barang lain yang terdapat di sekitar pentas permainan boleh dilontarkan ke suatu tempat berdasarkan situasi.

Di akhir setiap ujian, watak akan dihalang untuk membawa barang yang terlalu besar kerana ruang yang sempit dan portal yang terlalu rapat yang menyukarkan pemain menggunakan laser gun yang diberi dan ada ketikanya laser gun ini tidak dapat digunakan.

Game ini telah dihasilkan oleh Valve (yang pernah menggemparkan Cyber Cafe kampung dengan Game Half-Life dan Counter-Strike) dengan mengupah pelajar dari Institut Teknologi Digipen,Washington dengan berdasarkan game Narbacular Drop. Game ini diyakini dapat meningkatkan IQ seseorang sehingga ke tahap maksimas iaitu tahap sifar. Portal Gun ini juga telah dimasukkan dalam salah satu senjata dalam Half-Life 2.