Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan di Amerika, American Journal of Clinical Nutrition mendapati manusia yang makan 7 atau lebih telur ayam setiap minggu akan mengalami risiko mati awal. Manusia yang menghidapi diabetes atau kencing manis dinasihatkan meninggalkan tabiat memakan telur ayam secara kerap kerana telur ayam menambah risiko mereka meninggal dalam tempoh masa 20 tahun.
Seperti yang diketahui ramai, selain mengandungi 13 jenis vitamin dan garam mineral. Telur juga mengandungi sejumlah besar kolestrol yang mana meningkatkan risiko artileri atau pembuluh darah tersumbat dan secara tidak langsung menyumbang kepada penyakit jantung ataupun stroke.
Berdasarkan satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, seramai 21,327 orang yang setuju perestasi kesihatan mereka direkodkan oleh doktor semenjak tahun 1981 menunjukkan bahawa setelah 20 tahun kajian dijalankan, 1,550 orang menghidapi penyakit jantung, 1,342 mengalami stroke dan 5000 yang lain didapati telah meninggal. Walaupun pada permulaan kajian mereka mendapati tiada kaitan antara telur dengan penyakit jantung dan penyakit stroke, namun setelah difikirkan dalam-dalam mereka bersetuju bahawa manusia atau mereka-mereka yang makan lebih daripada 7 atau lebih biji telur sehari mengalami risiko yang tinggi untuk menghidapi penyakit ini iaitu 23 peratus daripada mereka meninggal dalam masa 20 tahun.
Sumber:msnbc
Thursday, May 1, 2008
Kurangkan Memakan Telur
Topik Label:
Info Am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment