Terimas Kepada Yang Sudi Melawat Blog Ini. Tinggalkan Komen Di CSbox Jika Ada Sebarang Cadangan. Jika Banyak Sangat Masa Terluang Boleh Klik Iklan Yang Disediakan Oleh Google. GerbangPagi: Apr 20, 2008

Sunday, April 20, 2008

Assasin's Creed


Dilancarkan pada April 8, 2008.Game ini berkisar kepada 4 tempat Holy Land iaitu Jerusalem,Acre, Damascus dan Masyaf. Pada tahun 1191 AD, Richard I dari England telah mengambil Acre dari pihak muslim dan mereka bercadang untuk menawan Jerusalem (Baitulmuqaddis) yang merupakan bandar terkuat umat muslim pada ketika itu.Apabila perperangan antara Richard dan Saladin berlangsung, Jerusalem telah ditadbir oleh orang yang kurang cekap dan banyak kezaliman berlaku.

Matlamat utama game ini adalah dengan melakukan 9 pembunuhan secara senyap dengan mengumpulkan seberapa banyak maklumat berkaitan individu yang ingin diligan (belasah cukup-cukup) dengan menggunakan informer-informer yang bertauliah.



Disebabkan oleh kekurangan budi bicara dan keangkuhan untuk membunuh pemimpin utama The Knights Templar, Robert IV de Sablé dan kesalahan lain, Altair telah diturunkan pangkat kepada Uninitiated (pangkat terendah dalam Assassin Order). Pemimpin assasin muslim yang kasihan dengan dirinya yang tak terurus, telah memberikan peluang yang terakhir kepadanya iaitu menjaga keamanan dalam tanah suci dengan membunuh sembilan orang lelaki dikatakan sebagai exacerbating dan mengeksploitasi permusuhan yang dicipta oleh Third Crusade (pihak kristian).


Link-Preview Mengenai Assasin's Creed
Link-Game Play

Satelit Vietkong

Vietnam telah melancarkan telekomunikasi satelitnya yang pertama yang diberi nama VINASAT-1 menggunakan roket Ariane 5 yang telah dibina oleh US manufacturer Lockheed Martin Commercial Space Systems for Vietnam's Post & Telecommunications Group (VNPT).
VINASAT-1 telah diletakkan di ketinggian 36000km betul-betul di atas sempadan Indonesia-Papua New Guinea dan roket ini telah dilancarkan di Tapak Pelancaran Kouruo di Guiana,Perancis.


Pengarah VNPT, Long Tran Phammenyatakan,"Lebih 70% daripada negara Vietnam adalah melibatkan individu yang tinggal di hutan-hutan dan pergunungan oleh itu adalah wajar untuk menggunakan kelebihan satelite ini untuk mambuat liputan telekomunikasi yang lebih baik".

Timbalan President projek VNPT, Lam Hoang Vinh berkata sebahagian daripada satelite ini mungkin akan dijual kepada negara yang terdekat kerana Thailand dan Singapura telah menyatakan persetujuan untuk menyewanya dengan kadar ansuran tanpa cengkeram.

Sumber: Reuters

Makan Naza

Setelah penat membuat kereta dan motorsikal kini tiba masanya untuk makan. Oleh itu, Kumpulan Syarikat Naza telah melancarkan cawangan pertama "Bubba Gump Shrimp Co." bernilai 6 juta bagi menerokai industri makanan dan minuman di Malaysa melalui anak syarikatnya NZ Diners Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif NZ Diners S.M. Nasarudin S.M. Nasimuddin berkata terdapat permintaan yang tinggi dari rakyat Malaysia bagi mendapatkan makanan dan minuman kerana mereka menikmati makanan, sambil menyatakan Bubba Gump untuk menambah citarasa Selatan Amerika kepada cita rasa mereka.

Cawangan ini menyediakan pilihan makanan laut dan bukan makanan laut seperti "Run Across America Sampler", "Bubba's Far Out Dip" dan "Shrimper's Net Catch".

Bubba Gump Shrimp Co. diilhamkan dari filem Paramount 'Forrest Gump'. Ia yang ditubuhkan dalam 1996, dibuka di 31 lokasi di seluruh dunia termasuk Indonesia, Mexico, Hong Kong, Filipina dan Jepun.

+=