Terimas Kepada Yang Sudi Melawat Blog Ini. Tinggalkan Komen Di CSbox Jika Ada Sebarang Cadangan. Jika Banyak Sangat Masa Terluang Boleh Klik Iklan Yang Disediakan Oleh Google. GerbangPagi: Apr 15, 2008

Tuesday, April 15, 2008

Kepada Atlit Malaysia

Sukan Olimpik Beijing akan diadakan pada 8 Ogos hingga 24 Ogos 2008 iaitu tidak lama lagi.Oleh itu kepada atlit Malaysia yang inginkan motivasi, video klip ini mungkin dapat membantu menaikkan lagi semangat mereka. Latihan tidak seharusnya memerlukan trek, kerana semua tempat adalah sesuai untuk latihan.

Selipar Untuk Pembunuh

Bagi mereka-mereka yang takutkan lipas ini ada berita baik. Selain mempunyai pemegang yang boleh dilaraskan, selipar ini cukup sesuai untuk membunuh lipas dan memukul pencuri. Selipar ini juga sesuai untuk kegunaan di dalam rumah untuk mejaga kulit kaki dari kesejukan lantai. Boleh juga menggantikan senduk ketika masak dan berus tandas jika terdesak.

AUKU Kekang Pelajar Malaysia

Pemuda Gerakan akan menubuhkan badan petugas khas untuk mengumpulkan maklum balas daripada pemimpin pelajar universiti berhubung cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Ketuanya Datuk Mah Siew Keong berkata, berasaskan maklumat tersebut, pergerakan itu akan mengemukakan satu cadangan mengenainya kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Katanya, langkah tersebut selaras dengan usaha menterinya Datuk Seri Mohd Khaled Nordin untuk menyemak dan meminda AUKU dan membentangkannya di parlimen hujung tahun ini.

Universiti merupakan gedung ilmu dan pencetus idea baru jadi adalah tidak wajar jika kekangan ini dilakukan. Revolusi Universiti Tehran sebagai contoh telah berjaya merubah sosio politik negara Iran sehingga ke hari ini.Untuk maklumat lanjut klik link di bawah.
sumber:link-malaysiakini



Komen Media Indonesia Mengenai Pelajar Malaysia.