Kepada penuntut yang mengambil subjek TITAS 2 pasti akan menemui sejarah tentang penulis beragama Hindu yang membongkar kebenaran kewujudan insan mulia sepertimana Rasulullah seperti yang diceritakan dalam kitab Vedas.
Seorang pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, telah menulis dan menerbitkan buku berjudul `Kalki Utar' yang bererti `Pembimbing Agung'. Tulisan beliau dalam buku berkenaan dengan jelas menyeru penganut-penganut agama Hindu supaya segera memeluk Islam dan beriman dengan ajaran Nabi Muhammad utusan Allah, yang merupakan pengislah (reformis) kerohanian yang ditunggu-tunggu kerana Nabi Muhammad itulah yang dinamakan Kalki Utar.
Pengarang berkenaan dikenali sebagai Ved Prakash. Untuk masa kini beliau menyandang sami Hindu dari golongan Brahmin. Buku karangan beliau telah dikemukakan kepada lapan orang tokoh sami agama Hindu. Kesemua mereka telah sebulat suara menyokong pendapat dan anjuran Ved Prakash. Penyelidikan beliau telah membuktikan di mana ciri-ciri Kalki Utar yang digambarkan di dalam kitab suci Hindu Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah Saw.
Dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki Utar akan muncul di sebuah pulau, bapanya bernama Vishnu Yehkat dan ibunya bernama Surmanab. Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit yang membawa erti Tuhan, manakala Yehkat bermakna hamba, jadi Vishnu Yehkat membawa erti hamba Tuhan dan di dalam bahasa Arab maknanya Abdullah.
Manakala perkataan `Surmanab' dalam bahasa Sanskrit pula membawa erti aman dan terjemahannya dalam bahasa Arab ialah Aminah. Seluruh dunia tahu bahawa bapa Nabi Muhammad Saw adalah Abdullah dan ibunya bernama Amirah.
Kitab Suci Vidas juga telah menyebut bahawa Tuhan telah mengutus utusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki Utar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Rasulullah Saw, di mana Nabi Muhammad Saw telah didatangi oleh Jibril a.s di Gua Hira' yang bertugas mengajar agama Islam kepadanya.
Bukti terakhir yang diperkatakan oleh pengarang berkenaan bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada Kalki Utar seekor kuda terpantas mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh lapisan langit. Peristiwa ini sebenarnya merujuk kepada peristiwa Isra' dan Mi'raj di mana Rasulullah Saw menunggangi Buraq iaitu sejenis haiwan dari Syurga.