Georgia menerima padah apabila cuba menawan Selatan Ossetia yang merupakan sebahagian daripada Georgia oleh PBB tapi sebuah negara yang merdeka bagi Rusia atau Soviet Union sejak 15 tahun dulu. Kemarahan Rusia jelas terpancar apabila sidang Nato di Bucharest bercadang untuk memasukkan Georgia dan Ukraine dalam pertubuhan Nato dan apabila ini berlaku pengaruh Rusia terhadap barang mentah negaranya akan terjejas dan inflasi akan meningkat. | ![]() |
Ketegangan antara Georgia dan Rusia mula timbul apabila pesawat MIG-29 mula berkeliaran apabila mengetahui Georgia sedang merangka rancangan menawan Selatan Ossetia dan sebelum Georgia memulakan serangan "kebaboom" Rusia telah bertindak awal dengan penuh bergaya walaupun begitu, Presiden Georgia mengarahkan serangan dengan memusnahkan 10 perkampungan dan Barat menganggap dia hero tapi Saddam Hussin hanya memusnahkan 3 perkampungan dianggap sebagai kejam gilerz. | ![]() |
| Amerika Syarikat selaku polis dunia terperanjat beruk kerana maklumat risikan Rusia telah berjaya mematahkan cubaan untuk menyerang Selatan Ossetia dan pada masa yang sama menyerang Georgia. Georgia merancang untuk menyerang Selatan Ossetia pada masa olimpik kerana merasakan seluruh dunia akan tertumpu ke beijing tetapi tidak sama sekali atau dua kali bagi Rusia. Georgia mula sedar rakyat Selatan Ossetia lebih rapat dengan Rusia berbanding Amerika Syarikat. | ![]() |




