Terimas Kepada Yang Sudi Melawat Blog Ini. Tinggalkan Komen Di CSbox Jika Ada Sebarang Cadangan. Jika Banyak Sangat Masa Terluang Boleh Klik Iklan Yang Disediakan Oleh Google. GerbangPagi: May 1, 2008

Thursday, May 1, 2008

Kurangkan Memakan Telur

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan di Amerika, American Journal of Clinical Nutrition mendapati manusia yang makan 7 atau lebih telur ayam setiap minggu akan mengalami risiko mati awal. Manusia yang menghidapi diabetes atau kencing manis dinasihatkan meninggalkan tabiat memakan telur ayam secara kerap kerana telur ayam menambah risiko mereka meninggal dalam tempoh masa 20 tahun.

Seperti yang diketahui ramai, selain mengandungi 13 jenis vitamin dan garam mineral. Telur juga mengandungi sejumlah besar kolestrol yang mana meningkatkan risiko artileri atau pembuluh darah tersumbat dan secara tidak langsung menyumbang kepada penyakit jantung ataupun stroke.

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, seramai 21,327 orang yang setuju perestasi kesihatan mereka direkodkan oleh doktor semenjak tahun 1981 menunjukkan bahawa setelah 20 tahun kajian dijalankan, 1,550 orang menghidapi penyakit jantung, 1,342 mengalami stroke dan 5000 yang lain didapati telah meninggal. Walaupun pada permulaan kajian mereka mendapati tiada kaitan antara telur dengan penyakit jantung dan penyakit stroke, namun setelah difikirkan dalam-dalam mereka bersetuju bahawa manusia atau mereka-mereka yang makan lebih daripada 7 atau lebih biji telur sehari mengalami risiko yang tinggi untuk menghidapi penyakit ini iaitu 23 peratus daripada mereka meninggal dalam masa 20 tahun.

Sumber:msnbc

Game Grand Theft Auto IV


Game Grand Theft Auto memang tidak asing lagi kepada penggemar game yang brutal dan ganas tahap gaban. Game yang telah dibangunkan oleh Rockstar North ini telah menerbitkan Grand Theft Auto IV yang berkisarkan kepada kisah seorang pemuda yang berasal dari Serbia iaitu Niko Bellic.Niko merupakan immigrant veteran perang Bosnia yang berumur lingkungan 30an. Niko tertarik dengan kata-kata saudaranya, Roman melalui email bahawa Liberty City merupakan tempat yang bagus untuk mencari pendapatan yang lumayan disamping ramai cewekz yang cun melecun.Tapi sebenarnya Roman merupakan pemandu teksi yang suka berlagak secara besar-besaran.

Roman memerlukan Niko datang ke tempatnya kerana dia dibebani hutang, dan menjadi bahan buruan along Bukit Beruntung. Tujuan lain yang menyebakan Niko beria-ia benar datang ke Liberty City adalah disebabkan perasaan geram yang amat sangat kepada si pembelot bangsat yang telah menodai kesucian askarnya hingga menyebabkan kekalahan yang besar dalam unitnya. Untuk membalas dendam dia berazam untuk mejejaki si pembelot itu yang dikatakan telah tinggal di tempat yang sama dengan Roman iaitu Liberty City, New York.


Walaupun peta baru dalam GTA IV ini lebih kecil berbanding peta di San Andreas, GTA IV boleh dipuji sedikit kerana peta yang baru ini lebih terperinci dan lebih menyeronokkan dari segi rekaan dalaman bangunan dan kawasan baru yang bebas daripada sebarang ancaman iaitu di kawasan Dan Houser. Game ini dijangka menemui peminat pada bulan oktober untuk PC, manakala untuk PS dan Xbox ia telah pun berada di pasaran gelap dan terang.
Requirements:
# 1GHz Intel Pentium III or AMD Athlon Processor
# 256 MB of RAM
# 8 speed DVD-ROM Drive
# 3.6 GB of free Hard Disk space for a minimal install
# 64 MB Video Card with DirectX 9 compatible drivers ("GeForce3" or better)
# DirectX 9 compatible Stereo Sound Card
# Keyboard
# Mouse