Terimas Kepada Yang Sudi Melawat Blog Ini. Tinggalkan Komen Di CSbox Jika Ada Sebarang Cadangan. Jika Banyak Sangat Masa Terluang Boleh Klik Iklan Yang Disediakan Oleh Google. GerbangPagi: May 3, 2008

Saturday, May 3, 2008

Amerika Lobi Asean


Disebabkan negara Asean mempunyai banyak sumber galian, Amerika telah berusaha keras untuk mewujudkan satu agennya di Asean dengan alasan bagi menjamin hal ehwal Asean. Senat Amerika mengesahkan perlantikan pegawai petugas perkhidmatan luar negara, Scot Marciel, sebagai duta besarnya yang pertama bagi Hal Ehwal Asean.

Anggota Ranking Jawatankuasa Perhubungan Luar Negara Senat Richard Lugar merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mencetuskan idea bagi jawatan itu pada 2006 berkata: "Ini merupakan perkembangan yang cukup luar biasa dalam mengesahkan komitmen kukuh pemimpin-pemimpin dan rakyat Amerika bagi mengekalkan dan melebarkan hubungan kita dengan Asean dan menjadikan Amerika sebagai negara pertama melantik seorang Duta Besar ke Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean)".

"Seorang pegawai petugas perkhidmatan luar negara dengan pengalaman luas di Asia Tenggara, Marciel, mampu meningkatkan kredibiliti jawatan itu. Saya amat berharap dapat bekerjasama dengan beliau bagi mengukuhkan lagi hubungan akrab yang sedia terjalin antara Amerika-Asean," kata Senator Lugar.

Persoalannya, mengapa perlu menjaga hal ehwal negara anggota Asean walhal banyak lagi negara lain yang amat memerlukan bantuan sokongan Amerika seperti Palestine dan negara-negara Afrika. Jawapnnya sudah jelas, disebabkan oleh sumber minyak dan sumber galian seperti emas dan bijih. Diharapkan kewujudan duta seperti ini tidak menjadikan lesen besar terhadap Amerika untuk mencampuri hal ehwal dalaman negara Asean atau melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Asean atas kepentingan sendiri.

Sumber: Bernama

Mat Rempit Dan Litar

Kerajaan Kedah sedang mengkaji cadangan membina litar khas untuk golongan muda yang gemar merempit di jalan raya sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan. Namun salasilah mat rempit dengan jalan raya sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana jalan raya awam menawarkan perkhidmaan percuma tanpa bayaran seperti yang dikenakan di litar.

Jika litar ini diwujudkan, kemungkinan tiada mat rempit tahap professional yang sedia menawarkan diri untuk berlumba kerana perlumbaan di litar memerlukan peralatan yang mahal dan helmet yang canggih sedangkan mat rempit tidak mempunyai duit yang banyak untuk berlumba dilitar.

"Mana ada duit bai, nak beli semua tuh,"kata Mior (bukan nama sebenar) merupakan seorang mat rempit yang super-duper profesional yang ketika ditemui sedang memegang spanar nombor 10. Dia menambah lagi , jika litar berkenaan menyediakan kereta yang parking di tengah jalan dan kereta polis yang ditempatkan di kawasan litar, dia sanggup berlumba di litar itu kerana suasana berkenaan sesuai dengan jiwanya yang bertahap profesional.

Sumber:Bernama

Mahathir Join Blogger


Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir telah pun membuat blognya sendiri atas desakan daripada para peminat atau penyokongnya."Depa (mereka) nak saya buat, saya buatlah," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Jika di negara seberang tambak bekas pemimpin mereka,Lee Kuan Yew disanjung bagai nak rak sehingga apa juga pandangannya terhadap sesuatu isu dianggap sebagai pandangan Singapura. Namun di negara ini, orang ramai banyak memperkecilkan pandangannya kerana dianggap lapuk dan tidak relevan dengan situasi sekarang.

Blognya telah menerima kunjungan seramai 10000 pelawat dan 1000 komen yang boleh menyebabkan ereksi mata jika ingin membaca kesemuanya.


Sumber:
Blog Mahathir
Bernama