
Disebabkan negara Asean mempunyai banyak sumber galian, Amerika telah berusaha keras untuk mewujudkan satu agennya di Asean dengan alasan bagi menjamin hal ehwal Asean. Senat Amerika mengesahkan perlantikan pegawai petugas perkhidmatan luar negara, Scot Marciel, sebagai duta besarnya yang pertama bagi Hal Ehwal Asean.
Anggota Ranking Jawatankuasa Perhubungan Luar Negara Senat Richard Lugar merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mencetuskan idea bagi jawatan itu pada 2006 berkata: "Ini merupakan perkembangan yang cukup luar biasa dalam mengesahkan komitmen kukuh pemimpin-pemimpin dan rakyat Amerika bagi mengekalkan dan melebarkan hubungan kita dengan Asean dan menjadikan Amerika sebagai negara pertama melantik seorang Duta Besar ke Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean)".
"Seorang pegawai petugas perkhidmatan luar negara dengan pengalaman luas di Asia Tenggara, Marciel, mampu meningkatkan kredibiliti jawatan itu. Saya amat berharap dapat bekerjasama dengan beliau bagi mengukuhkan lagi hubungan akrab yang sedia terjalin antara Amerika-Asean," kata Senator Lugar.
Persoalannya, mengapa perlu menjaga hal ehwal negara anggota Asean walhal banyak lagi negara lain yang amat memerlukan bantuan sokongan Amerika seperti Palestine dan negara-negara Afrika. Jawapnnya sudah jelas, disebabkan oleh sumber minyak dan sumber galian seperti emas dan bijih. Diharapkan kewujudan duta seperti ini tidak menjadikan lesen besar terhadap Amerika untuk mencampuri hal ehwal dalaman negara Asean atau melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Asean atas kepentingan sendiri.
Sumber: Bernama


No comments:
Post a Comment