Terimas Kepada Yang Sudi Melawat Blog Ini. Tinggalkan Komen Di CSbox Jika Ada Sebarang Cadangan. Jika Banyak Sangat Masa Terluang Boleh Klik Iklan Yang Disediakan Oleh Google. GerbangPagi: Jun 24, 2008

Tuesday, June 24, 2008

Gen2

Saya cukup tertarik dengan satu artikel dalam Mastika keluaran bulan Julai 2008 mengenai faktor genetik yang merupakan sebab utama mengapa masyarakat barat sukar untuk menggunakan tandas jenis cangkung.

Bagi masyarakat barat, mencangkung merupakan sesuatu yang amat menyeksakan dan hampir mustahil untuk dilakukan berbanding orang dari benua Asia atau Afrika kerana apabila melakukan skill tersebut mereka akan berasa seperti ingin tumbang kebelakang, kehadapan atau kesisi. Orang barat berasa lebih hairan lagi kalau melihat anak-anak orang Asia boleh mencangkung ketika masih kecil lagi sedangkan mereka tidak. Jika ada sesiapa ada kawan atau pakwez atau awekz yang mat/ minah salleh tu cubalah suruh mereka mencangkung, tentu tak boleh punyalah, tak caya tanya aku.

Perbezaan faktor genetik juga boleh dibuktikan melalui sebotol arak dari Eropah. Jika orang dari Asia meminum arak berkenaan, mereka akan berasa mual dan muntah tetapi jika orang Eropah meminumnya, ia sama seperti meminum air paip yang tidak memberikan apa-apa kesan kepada mereka.

Jika memilih rawatan untuk muka, berhati-hatilah apabila menggunakan produk kecantikan kerana sesetengah barangan itu amat berkesan bagi para pengguna di barat tapi tidak bagi orang Asia malah mungkin terjadi pula kesan yang lebih buruk disebabkan oleh faktor genetik.