Terimas Kepada Yang Sudi Melawat Blog Ini. Tinggalkan Komen Di CSbox Jika Ada Sebarang Cadangan. Jika Banyak Sangat Masa Terluang Boleh Klik Iklan Yang Disediakan Oleh Google. GerbangPagi: Apr 9, 2008

Wednesday, April 9, 2008

Tempe Bukan sebarang Tempe

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ramai orang mengaitkan tempe dengan masyarakat Jawa. Sebenarnya terdapat berbagai manfaat dari sekeping tempe yang dimakan begitu saja. Di bawah merupakan sedikit info mengenai tempe yang telah dibuat kajian oleh otai jawa dari seberang.

Guru Besar Ilmu Obstetri dan Genekologi Fakultas Kesehatan Universitas Padjajaran Bandung, Achmad Biben mengatakan tempe yang dimasak dengan baik dan benar sangat bermanfaat bagi perbaikan proses pembentukan sel tulang dan menghambat penyerapan tulang. Dianjurkan agar tempe dimasak dengan menu seperti sup, semur, bacem hingga pepes. Dengan menu masakan seperti itu khasiat tempe sedikit sekali mengalami penurunan dibandingkan jika dimasak dengan cara digoreng. Memakan tempe secara rutin dapat dipergunakan sebagai pencegahan gangguan remodelling tulang.

“Tempe juga bermanfaat sebagai anti-anemia, menurunkan kadar kolesterol, dan menurunkan risiko penyakit jantung koroner,” jelas Biben di Bandung baru-baru ini. Di samping itu, tempe mengandung superoksida destumase yang dapat menghambat kerusakan sel dan proses penuaan.

Dalam sepotong tempe terkandung berbagai unsur yang bermanfaat bagi kesehatan. Seperti hidrat arang, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten serta komponen anti-bakteri. ”Kandungan zat aktif isoflavon, khususnya daidzein, genistein, serta isoflavon tipe 2 yang dapat berikatan dengan reseptor hormon ekstrogen dalam tubuh dapat mengurangi keluhan psikovasomotor khususnya semburan atau hentakan panas di dada sebagaimana yang dialami perempuan saat memasuki masa menopause,” ujar Bibien. Jadi belilah tempe sementara stok masih ada.



Bulgarian Idol

Jangan ingat orang Bulgaria tak reti nyanyi...Ini dia penangan "ken Lee"

Isteri Malang

Seorang surirumah telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan tentang kehilangan suaminya. Dia memberitahu bahawa ketinggian suaminya adalah 6 kaki 2 inci, rambut yang sedikit keperangan dan apabila senyum semua orang boleh jatuh cinta.

Polis kemudian pergi ke rumah jiran surirumah malang itu dan bertanyakan tentang adakah mereka pernah terlihat lelaki yang mempunyai ciri-ciri suami wanita berkenaan.

Jiran terbabit bingung tahap gaban. Sebenarnya tinggi suami surirumah tu adalah 5 kaki 4 inci, botak chin dan tak pernah senyum pun.

Polis yang mendengar keterangan jiran surirumah itu menelepon surirumah malang tu dan mengatakan kenapa dia membuat laporan palsu.

Suri rumah itu membalas, "Hanya kerana saya yang melaporkan suami hilang, tidak bermakna saya mahu dia kembali!"

Auto Run CD

Sebelum membakar(Burn) CD anda, di bawah ini merupakan cara supaya CD anda berfungsi secara automatik selepas dibakar:
1. Buka notepad. Start>Run>tulis "notepad"

2. Tulis dalam notepad seperti ini dan Tuka Setup_fiename.EXE dengan program yang ingin di autoplay dalam CD:
[autorun]

OPEN=INSTALL\Setup_filename.EXE
ICON=INSTALL\Setup_filename.EXE


3. Save dalam save as dan tuka hujung nama notepad ni dengan .inf bukan .txt, contohnya: Autorun.inf

4. Sekarang bakar CD dengan autorun ini sekali.

5. Setelah selesai membakar, cube klik CD-Drive dalam My Computer dan lihat hasilnya.