Terimas Kepada Yang Sudi Melawat Blog Ini. Tinggalkan Komen Di CSbox Jika Ada Sebarang Cadangan. Jika Banyak Sangat Masa Terluang Boleh Klik Iklan Yang Disediakan Oleh Google. GerbangPagi: Apr 26, 2008

Saturday, April 26, 2008

Pencuri Professional

Pihak berkuasa Congo di daerah Khinshasa telah menahan 13 orang tukang sihir yang merupakan pencuri zakar. Dipercayai motif utama pencurian itu dilakukan adalah untuk memantapkan ilmu seseorang tukang sihir yang selalunya berkaitan anggota badan manusia.

Dengan hanya menyentuh seseorang, tukang sihir berkenaan boleh menghilangkan zakar dan mengenakan bayaran jika individu terbabit mahukannya kembali. Macam dah tak ada benda lain nak dicuri kat Congo nih. Kalau tak yakin dengan artikel ini, sila klik link sumber di bawah.

Sumber: Link-Reuters

Masa depan lelaki ini telah musnah..Auww

Kuasa Petani

Disebabkan mogok besar-besaran yang dlancarkan oleh para petani di Argentina Menteri Ekonomi Argentina, Martin Lousteau telah meletakkan jawatannya.Para petani dan penyokongnya telah menyekat 400 jalan raya dan beratus-ratus lagi tempat awam bagi membantah cukai sebanyak 44% cukai export bagi product pertanian seperti kacang soya dan bunga matahari.

Jawatan yang disandang oleh Lousteau akan digantikan oleh Carlos Fernandes yang merupakan otai kewangan di Argentina. Salah seorang petani, Shamsul Ardios dengan bangganya memberitahu media bahawa dengan berbekalkan cangkul dia telah berjaya menyekat beberapa jalanraya kerana dilaporkan terdapat kerosakan di situ namun Menteri Ekonomi salah faham dan mengatakan para petani melakukan mogok besar-besaran. "Atuk ni dah tua cu, kalau bukan atuk yang pegi betulkan, sapa lagi yang nak diharapkan. Pegi main jauh-jauh, atuk nak siapkan kerja ni sikit," kata petani berkenaan yang sedang berusaha membetulkan jalanraya sambil menghisap rokok curut.

Para pemimpin Argentina yang khusyuk ketika diambil gambar. Klik gambar untuk melihat berita penuh.

Amerika Fobia Denagn Iran

Kapal kargo yang telah dikontrakkan oleh Amerika Syarikat dilaporkan telah menembak beberapa bot Iran, menurut Jabatan Pertahanan Amerika di Wahington. Berhubung perkara itu, jurucakap tentera AS yang merupakan armada kelima berpangkalan di Bahrain tidak memberi sebarang komen kerana khuatir akan timbul komflik antara Iran dan Bahrain.

Amerika dilaporkan telah menembak beberapa bot Iran sejak bulan Januari yang disifatkan sebagai ancaman semasa melalui lalauan penting untuk penghantaran minyak mentah ke Amerika. Jadi kepada sesiapa yang memliki bot sila pastikan tiada kapal Amerika berada disebelah.


Sumber:Link-Reuter