| Kita sering kali terdengar anugerah bapa mithali tetapi lain pula bagi Josef Fritzl yang boleh dianugerahkan bapa paling kejam tahun 200 jika terdapat pencalonan, ini berikutan kes kehilangan Elisabeth yang merupakan anaknya yang ketika itu berumur 18 tahun dan ditemui semula setelah umurnya 42 tahun. Dia telah menculik anaknya itu selama 24 tahun dan dikurung di kurungan bawah tanah tanpa tingkap yang merupakan tempat simpanan arak bagi rakyat Austria, dan juga telah memperkosa anaknya itu sehingga melahirkan 7 orang anak yang merupakan cucunya sendiri. | ![]() |
Bapa berumur 73 tahun ini dilahirkan di Amstetten pada 9 April 1935, telah menguruskan rumahnya secara diktator dan jika didapati anaknya tidak menjaga kebersihan di dalam rumah, anaknya itu akan dipenjarakan di bawah tanah sebagai hukuman. Satu demi satu kezalimannya telah berjaya dibongkar selepas dia sendiri membuat pengakuan di hadapan hakim bahawa dia sememangnya seorang yang agak kejam mengurung anaknya seperti pesalah dalam tahanan ISA.
"Di rumah dia umpama tuhan yang mesti diikuti oleh umatnya, dia merupakan seorang yang berdisiplin dan semua undang-undangnya mesti dipatuhi tanpa banyak songeh."menurut Anton Graf,57 tuan tanah Tasik Mondsee yang merupakan tanah yang Josef Fritzl duduki.
Pada permulaan kes kehilangan anaknya itu, dia dengan selamba telah menulis surat kononnya Elisabeth telah menghadiri pemujaan di tempat yang jauh dan menyamar sebagai Elisabeth apabila menelefon isterinya pada tarih kehilangan anaknya itu. Dia juga berjaya menyembunyikan identiti sebenarnya dan berjaya mengaburi mata rakyat Austria selama 24 tahun mengenai kes kehilangan anaknya itu.
| Johann Kreitler, pengarah sekolah tinggi yang Fritzl duduki dari tahun 1947-51, berkata dia telah berjaya menamatkan pengajiannya dengan seorang yang mempunyai rekod positif dan kemudian memasuki sebuah sekolah vokasional menjadi untuk seorang juruelektrik. Majikan dan para pekerja lain mengakui dengan sepenuh hati bahawa dia merupakan seorang yang baik dan mustahil melakukan kezaliman seperti itu."Jika anda meletakkan 50 orang lelaki dalam satu barisan, dia akan menjadi orang yang terakhir yang boleh disyaki melakukan jenayah seperti itu," menurut Herbert Katzengrueber , datuk bandar Amstetten.-CBS NEWS | ![]() |




No comments:
Post a Comment