Terimas Kepada Yang Sudi Melawat Blog Ini. Tinggalkan Komen Di CSbox Jika Ada Sebarang Cadangan. Jika Banyak Sangat Masa Terluang Boleh Klik Iklan Yang Disediakan Oleh Google. GerbangPagi: Portal

Tuesday, April 22, 2008

Portal

Game ini mengandungi satu siri teka-teki yang mesti diselesaikan menggunakan kaedah teleporting watak pemain dan objek lain menggunakan Sains Aperture Handheld Portal Device (Senjata Api Pintu Masuk) yang mewujudkan satu ruang pintu atau portal masuk apabila menembak ke segala jenis dinding. Watak akan dicabar AI dinamakan "GLaDOS" untuk menyiapkan setiap teki menggunakan Portal Gun dengan janji menerima kek di kafe bawah blok apabila keseluruhan teka-teki dapat diselesaikan.

Portal berwarna kuning oren dan biru yang muncul dalam permainan mewakili jalan masuk dan jalan keluar, dan satu kubus pemberat akan dibekalkan yang dapat digunakan seperti menekan satu butang besar supaya dapat membuka sesebuah pintu atau mengaktifkan pentas permainan untuk menteleport. Kubus dan barang lain yang terdapat di sekitar pentas permainan boleh dilontarkan ke suatu tempat berdasarkan situasi.

Di akhir setiap ujian, watak akan dihalang untuk membawa barang yang terlalu besar kerana ruang yang sempit dan portal yang terlalu rapat yang menyukarkan pemain menggunakan laser gun yang diberi dan ada ketikanya laser gun ini tidak dapat digunakan.

Game ini telah dihasilkan oleh Valve (yang pernah menggemparkan Cyber Cafe kampung dengan Game Half-Life dan Counter-Strike) dengan mengupah pelajar dari Institut Teknologi Digipen,Washington dengan berdasarkan game Narbacular Drop. Game ini diyakini dapat meningkatkan IQ seseorang sehingga ke tahap maksimas iaitu tahap sifar. Portal Gun ini juga telah dimasukkan dalam salah satu senjata dalam Half-Life 2.

No comments: