Seluruh Sabah bergelap selama sejam sejak pukul 6.30 petang kecuali daerah Keningau, Beaufort, Sipitang, Ranau dan Telupid.
Jurucakap Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berkata gangguan bekalan elektrik itu berpunca daripada power trip di talian transmisi 132 kilovolt Inanam ke Karambunai di Sepanggar Kota Kinabalu menyebabkan semua stesen janakuasa di Sabah tidak berfungsi.Ini menyebabkan kehilangan kuasa elektrik 500 megawat bersamaan sembilan puluh peratus keperluan dua juta penduduk Sabah, katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu malam ini.
Beliau berkata bekalan elektrik dipulihkan secara berperingkat mulai pukul 7.30 malam dan selepas pukul 9.38 malam, lima puluh peratus kawasan di Sabah menerima semula bekalan termasuk di Sandakan dan Tawau.
Wakil penduduk Labuan Mat Sham, Luie, Pak Ya, Jimi, Najib,Yop dan Sahid ketika dihubungi merasakan kebangsatan yang maksimas berhubung ketiadaan elektrik ini. "Kami bersidang bermain CS (counter-strike) ketika itu tiba-tiba letrik putuih. Nasib baik kafe bawah blok bukak, boleh makan" itu kata-kata keramat mereka ketika dihubungi. Jelas sekali ketiadaan elektrik ini telah merunsingkan penduduk Labuan walaupun Labuan tidak termasuk dalam senarai tersebut.
Sumber:Link-Utusan
Tuesday, April 22, 2008
Labuan Tarak Letrik
Topik Label:
Info Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment