Datuk Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan) memberikan amaran selama 3 tahun untuk memasang tali pinggang keledar di bahagian belakang. Persatuan mat rempit sedunia telah menyambut baik usaha ini kerana tali pinggang di bahagian belakang motosikal akan memudahkan mereka melakukan pelbagai aksi yang selamat dengan adanya keselamatan tali pinggang keledar.
Jun depan akan menyaksikan penumpang belakang mula memakai tali pinggang apabila berjumpa dengan polis kerana pada bulan berkenaan akan dikuatkuasakan perlaksanaan amalan ini. Bagi kereta yang tiada kelengkapan ini, tempoh pengampunan akan diberikan selama 3 tahun bermula dari bulan berkenaan.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh berkata mengikut statistik polis penguatkuasaan penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang belakang dapat mencegah 350 kematian setahun. Selepas ini, jika kemalangan berlaku pemandu boleh menyalahkan penumpang belakang yang cuai untuk memasang tali pinggang keledar. Jika penumpang belakang telah memasang tali keselamatan namun berlaku juga kemalangan, keadaan jalan raya yang terlalu lurus patut dipersalahkan kerana ini menyebabkan tiada mood atau feel pemanduan dan tiada cabaran kepada pemandu professional.
![]() | ![]() |
Sumber: Bernama




No comments:
Post a Comment