Disebabkan mogok besar-besaran yang dlancarkan oleh para petani di Argentina Menteri Ekonomi Argentina, Martin Lousteau telah meletakkan jawatannya.Para petani dan penyokongnya telah menyekat 400 jalan raya dan beratus-ratus lagi tempat awam bagi membantah cukai sebanyak 44% cukai export bagi product pertanian seperti kacang soya dan bunga matahari.
Jawatan yang disandang oleh Lousteau akan digantikan oleh Carlos Fernandes yang merupakan otai kewangan di Argentina. Salah seorang petani, Shamsul Ardios dengan bangganya memberitahu media bahawa dengan berbekalkan cangkul dia telah berjaya menyekat beberapa jalanraya kerana dilaporkan terdapat kerosakan di situ namun Menteri Ekonomi salah faham dan mengatakan para petani melakukan mogok besar-besaran. "Atuk ni dah tua cu, kalau bukan atuk yang pegi betulkan, sapa lagi yang nak diharapkan. Pegi main jauh-jauh, atuk nak siapkan kerja ni sikit," kata petani berkenaan yang sedang berusaha membetulkan jalanraya sambil menghisap rokok curut.

Para pemimpin Argentina yang khusyuk ketika diambil gambar. Klik gambar untuk melihat berita penuh.


No comments:
Post a Comment