Terimas Kepada Yang Sudi Melawat Blog Ini. Tinggalkan Komen Di CSbox Jika Ada Sebarang Cadangan. Jika Banyak Sangat Masa Terluang Boleh Klik Iklan Yang Disediakan Oleh Google. GerbangPagi: Isteri Malang

Wednesday, April 9, 2008

Isteri Malang

Seorang surirumah telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan tentang kehilangan suaminya. Dia memberitahu bahawa ketinggian suaminya adalah 6 kaki 2 inci, rambut yang sedikit keperangan dan apabila senyum semua orang boleh jatuh cinta.

Polis kemudian pergi ke rumah jiran surirumah malang itu dan bertanyakan tentang adakah mereka pernah terlihat lelaki yang mempunyai ciri-ciri suami wanita berkenaan.

Jiran terbabit bingung tahap gaban. Sebenarnya tinggi suami surirumah tu adalah 5 kaki 4 inci, botak chin dan tak pernah senyum pun.

Polis yang mendengar keterangan jiran surirumah itu menelepon surirumah malang tu dan mengatakan kenapa dia membuat laporan palsu.

Suri rumah itu membalas, "Hanya kerana saya yang melaporkan suami hilang, tidak bermakna saya mahu dia kembali!"

No comments: