Terimas Kepada Yang Sudi Melawat Blog Ini. Tinggalkan Komen Di CSbox Jika Ada Sebarang Cadangan. Jika Banyak Sangat Masa Terluang Boleh Klik Iklan Yang Disediakan Oleh Google. GerbangPagi: Seludup Sana-Sini

Monday, April 7, 2008

Seludup Sana-Sini

Tahukah anda 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Di Malaysia negara Islam Hadhari, sebanyak 33 mangsa suspek penyeludupan manusia dalam sector pelacuran dan sebagainya telah berjaya diselamatkan oleh agensi penguatkuasaan berkaitan sejak Akta Anti-Penyeludupan Manusia 2007 dikuatkuasakan pada bulan lepas. Mungkin Sufiah genius math yang berada di London juga dianggap telah diseludup.

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, mangsa suspek itu kini ditempatkan di dua buah rumah perlindungan yang diwartakan bagi kes seperti ini, harap-harap di dalam rumah itu juga selamat.

Sebanyak 56 kes wanita Malaysia telah ditangkap di luar negara kerana membawa dadah bukan dadih dan ini juga telah di klasifikasikan sebagai penyeludupan manusia oleh kementerian.

Oleh itu pastikan wanita-wanita di luar sana bebas daripada sebarang penyeludupan samaada di seludup ke panggung wayang, taman permainan dan sebagainya.


Sufiah yang gembira dengan pekerjaannya-Gambar dari IsuHangat.blogspot

No comments: